Thursday 26 May 2011

Amal yang diterima...

 ya Allah aku mohon kepada Mu
ilmu yang berguna dan rezki yang baik lagi halal 
serta amal yang diterima....


Wednesday 25 May 2011

potong kuku ikut sunnah...

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))
wallahu a’lam.
petikan ini diperolehi dari penulisan:http://ohislam.com/potong-kuku-ikut-sunnah-nabi/

tepung talam labu

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1/2 biji labu lemak (direbus dan dilecek)
  • 2 cawan santan (1 cawan untuk lapisan atas n 1 cawan utk lapisan bawah...) boleh + air klau kurang cair,..
  • 2 senduk gula(klau nk manis boleh +)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung ubi
  • secubit garam

Cara-cara

  1. gaulkan labu yg telah dilecek dgn tepung ubi dan masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul agar tidak berketul,masukkan gula dan kacau smp gula hancur,..jgn terlalu pekat dan tidak terlalu cair,...kukus sehingga masak...dlm 20 minit.
  2. masukkan tepung beras dan tepung gandum dlm bekas,..masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau agar tidak berketul,..masukkan sedikit garam,..klau berketul boleh tapis guna tapis santan,..nak tau sedang ke tidak,..masukkan senduk dan tengok agak nampak corak senduk tu,..sedang lah tu,..
  3. tuangkan adunan tepung tadi ke atas labu yg telah masak dan kukus sekali lagi hingga masak,..agak2 dalam 20 minitlah lebih kurang,..sekejap jer,..

masak lemak kerang....:)

MASAK LEMAK KERANG

Bahan:
1 kilo kerang direbus separuh masak dan ambil isinya shj
(kalau nak amek kulitnya sekali, kena cuci bersih)
Santan secukupnya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Cili padai secukup pedas
2 batang serai di ketuk
1 helai daun kunyit di siat
Cara:
1, blend kesemua bahan bawang2 dan kunyit hidup dan cili padi sehingga hancur
2. panaskan kesemua bahan2 dgn garam daun kunyit dan serai, sehingga mendidih jaga jgn pecah minyak.

ikan siakap stim

BAHAN2 :

1 ekor ikan siakap 
2 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris
3 inci lobak merah dihiris kecil2
1/2 biji bawang besar dipotong bulat2
1 biji tomato dipotong 8
daun sup, daun bawang
3 sudu sos tiram letak air sesudu dan kacau (sos ikan..sos udang pun boleh)
garam

CARA-CARA :

1. Sediakan pengukus
2. bersihkan ikan dan letak atas pinggan tahan panas
3. taburkan bawang merah, bawang putih dan halia atas ikan.
4. taburkan lobak merah atas ikan..kukus
6. Tuang sos tiram
7. bila dah 10 minit letak tomato (elakkan letak awal takut tomato over cooked)
8. Kukus lagi 10 minit
9. Tabur daun bawang dan daun sup
10. Kukus lagi 5 minit
11. Siap dihidang

ayam masak halia...

Bahan-bahan
Isi Ayam-Dipotong2 kecil.
2gram halia-dihiris nipis
2gram bwg putih-d mayang
2gram cili padi-dihiris(kalau nak pedas)
Lobak Merah (saya tak letak ni..tak de stock)
Jagung muda (ini pun saya tak letak..tak de stock)
Bawang Besar
Setengah sudu minyak bijan(jika suka)
Garam&gula secukup Rasa
Sos Tiram
Satu sudu tepung jagung(bancuh)klu nk pekat kuahnya
Tomato
Daun sup@daun bawang


Cara-Cara
Goreng Isi ayam separuh masak (+ kunyit dan garam boleh tak letak pun tak pe)
Masukkan halia,cili padi,bawang besar,bawang putih tumis sehingga naik bau
masukkan sos tiram,air &biarkan seketika sampai ayam empuk....
masukkan lobak merah,jagung muda...
masukkan garam,gula&minyak bijan secukup rasa...
Tutup api then masukkan tomato..
Rasa & angkat...Taburkan daun bawang@daun sup

Rendang Pedas Kerang

Bahan-Bahan:

1 kilo kerang direbus dan diambil isinya
9 batang serai yg diracik halus (serai kena byk)
6 ulas bawang merah
cili kering yg direndam ngan air panas 
1/2 santan cair
1/2 santan pekat
2 keping asam keping
serbuk kunyit (kalau suka)
garam
daun kunyit diracik halus

Cara-Cara :
blender serai, bawang dan cili kering letak air sikit lepas tu tuang dalam periuk...hidupkan api sederhana .reneh sampai mendidik..letak santan cair...biar mendidih..letak santan pekat, letak kerang..asam keping pastu biarkan lama jugak la sampai hampir kering (kalau suka berkuah biarkan kuah byk)...letak serbuk kunyit sikit je biar ada warna dan garam...tabur daun kunyit dan hidang.

PUDING ROTI :D BAKAR/KUKUS..OK Je... :)

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar /susu tepung pun ok
  • (if nak ganti susu pekat..1/2 cwn susu pekat + 2 cwn air) tak perlu letak gula...
  • 3 biji telur
  • 25g gula atau 2 susu besar penuh
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan....boleh juga di kukus

PUDING ROTI KUKUS

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 paket roti (5 ketul)
  • 1 kg susu
  • Gula secukup rasa
  • 1 camca besar mentega
  • Secubit garam
  • 1 camca kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila.
  2. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam.
  3. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

PUDING KAREMEL....

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 3 sudu besar gula pasir (guna 4 sudu besar + 2 sudu besar air tuk gula hangus)
  • 1 tin susu pekat  (1 tin = 400ml tp sy kurangkan kepada 300ml saje)
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air (sukatan cawan yg sy guna = 200ml)
  • #1 sudu teh esen  vanila (tambah sendiri tuk hilang bau telur)
  • # 1 sudu besar tepung jagung (tambah sendiri)
Cara-cara 

  1. Mula2 cairkan gula (shamam masukkan gula + air) dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga....... 

ROTI TELUR BERKEJU....:)

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • butter
  • serbuk lada sulah
  • oregano

Cara-cara

  1. Pukul telur.
  2. campurkan sedikit butter dengan lada sulah ngan oregano
  3. Potong bahagian tepi roti.(nonie x potong pon.)
  4. Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.
  5. Belah dua.Buat lagi sampai abis.
  6. Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Takde pun tkpe...kuali biasa jek la... Pastu balik2kan sampai la kekuningan.
  7. Dah siap...mkn la panas2

PANCAKE

bahan-bahan
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 3/4 cawan susu segar/susu cair-i pakai full cream milk
  • 1cawan tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 1/4tsp garam
  • 25g butter-anggaran 1 sudu besar dicairkan

cara-cara
  1. pukul telur dan gula sehingga kembang.masukkan susu.( blendkan jer semua bahan nie )
  2. masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan garam.kacau sebati masukkan butter yg telah dicairkan
  3. panaskan nonstick pan,ceduk adunan tadi dlm 1 senduk/2sudu besar ke dalam pan yg telah di griskan dengan butter/minyak.nonie x gris pon.
  4. apabila muncul buih2 kecil timbul dipermukaan pancake,bolehla di balikkan pancake tersebut

APAM BALIK

bahan-bahan
  • 2cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • sedikit pewarna kuning
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • bahan tabur:kacang tanah dikisar/jagung
cara-cara
  1. mesin gula bersama telur hingga kembang.
  2. msukkan soda,baking powder,air dan pewarna kuning,mesin lagi sehingga sebati
  3. tuang ke dalam tepung yang telah di ayak,kacau sehingga sebati
  4. gris permukaan kuali dengan minyak/mentega
  5. sendukkan 1 senduk adunan,kemudian nipiskan.
  6. biarkan seketika,sementara menunggu masak,taburkan kacang dan jagung

PUDING ROTI

BAHAN-BAHANYA....
8 keping roti
1 tin susu cair
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
3 sudu besar cream cheese- (leh ganti ngan keju parut atau slice)
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar choc chip
cara:

koyak2 roti kecil2
masukkan dlm bekas
masukkan 3/4 tin susu dalam roti
biar mengembang 1/2 jam

campurkan mentega, cheese dan gula...
lenyek2kan dan adun rata
campurkan baki 1/4 tin susu
sebatikan
(dia jd ketul2 skit)
masukkan ke dalam adunan roti td
campur tepung jagung + coklat chip
gaul rata

alas loyang ngan kertas minyak
masukkan adunan
bakar selama 30-40 minit
30 mnt pertama api bwh
10 mnt lg api atas bwh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...